Negeri

Bekal makanan setiap hari: Terima kasih kepada barisan hadapan

REBECCA Chin tidak pernah membayangkan penghantaran makanan kepada pekerja kesihatan yang bertungkus lumus menjalankan tugas di Sabah akan menjadi misi hariannya.

Rebecca tidak berdaya apabila melihat pekerja kesihatan di Sabah bertungkus lumus sehingga keletihan, akibat kes Covid-19 yang meningkat dan dia mahu membalas jasa mereka.

Dia memberitahu rakannya Kathie dan Shone Majimbun, suami isteri yang membuka Shoney’s, sebuah kedai makan dan mereka bersetuju untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

“Mereka setuju menghulurkan bantuan dan dengan itu perkhidmatan katering kepada barisan hadapan dimulakan pada 20 Oktober. Kami mempunyai makanan yang cukup untuk mengedarkannya selama 3 hari.

“Bagaimanapun, Kathie kemudian memberitahu saya beberapa rakannya juga mahu menyertai kami,” kata Rebecca.

“Ramai mendapati (inisiatif makanan) dan mula menghubungi saya menyatakan mereka juga ingin membantu.

“Sebuah restoran juga menghubungi saya dan bertanya jika mereka boleh membekalkan makanan sepanjang hari,” katanya.

Usaha peribadi itu yang pada asalnya hanya mahu dijalankan selama tiga hari kini diteruskan 14 hari lagi.

Rebecca berkata, sumbangan bukan saja datang dari Sabah malah dari Brunei. – SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button