Apa itu Blockout 2024?
SEJAK beberapa hari ini kecoh di media sosial berkenaan warganet bertindak untuk unfollow dan juga menyekat artis Malaysia serta pempegaruh media sosial yang terbabit mempromosikan jenama dan barangan dari negara Israel.
Malahan gerakan Blockout 2024 ini juga terjadi pada selebriti Hollywood yang turut terkesan tentang isu ini, selebriti-selebriti ini juga kehilangan pengikutnya di media sosial.
Tujuan Blackout ini adalah untuk menghentikan sokongan terhadap hampir 100 selebriti A-List di dunia sebagai tanda solidarity di seluruh dunia ia bermula dari rakyat Amerika Syarikat (AS) sehingga menular ke Malaysia.
Kriteria bagi penentuan siapa yang harus disekat termasuklah
penglibatan dalam promosi produk pro-zionis atau mengambil sikap tidak peduli mengenai apa yang terjadi di Palestin.
Reaksi terhadap gerakan blockout ini di Malaysia cukup positif, dengan banyak netizen menyahut cabaran untuk menyekat selebriti dan pempengaruh yang dinilai tidak
mempunyai empati terhadap nasib rakyat Palestin.
Gerakan blockout 2024 merupakan satu tindakan masyarakat global dalam menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang.
Di Malaysia, walaupun masih berada dalam fasa awal, sokongan terhadap gerakan ini semakin meningkat, menunjukkan kesedaran dan kepekaan terhadap isu kemanusiaan
yang kian mendalam di kalangan masyarakat tempatan.
Artikle Berkaitan :>
Israel sudah melampau! curi organ jenazah penduduk Gaza pula