Nasional

Apa isunya? Pakaian saya tak seksi kan? – Aliff Syukri

USAHAWAN selebriti Datuk Seri Aliff Syukri, 36, mempertahankan konsep muzik video lagu raya terbarunya ‘Cak Kun Cak Raya’ dengan menyifatkannya sebagai “seni dan hiburan”.

Dia berkata tidak sepatutnya ada sebarang isu dengan video itu kerana dia tidak berbogel atau mempamerkan gerakan tarian seksi.

“Konsep itu datang daripada jurusolek saya, kerana dalam sesebuah produksi, bukan saya seorang yang bekerja (mengenainya).

Saya tidak nampak sebarang masalah dalam soal gerak tari.

“Tiada isu, pakaian yang kami pakai tidak seksi atau mendedahkan dan tidak ada kebogelan.

“Ini, pada saya, perkara subjektif. Kalau ada yang rasa ianya terlalu lucah, itu pendapat mereka.

“Saya tidak apa-apa kerana saya tidak mendedahkan aurat, berpegangan tangan, atau bersolek. Semua ini hanya seni,” katanya.

Sambil menyifatkan dirinya sebagai penghibur nombor satu Malaysia, Aliff berkata dia yakin peminat menantikan lagu terbarunya. Dia berkata dia tahu bagaimana untuk “mengikut garisan” untuk lagu itu dianggap “mesra radio dan televisyen”.

“Tolong beri saya ruang untuk berkarya dan berhibur. Terimalah saya sebagai artis. Saya pasti tiada video yang tidak sesuai akan dikeluarkan. Saya akan menjaga perasaan semua orang terutama keluarga saya. Anggap ini sebagai hiburan, jangan ambil serius.

“Kalau tak nak tengok, skip aje, tak ada paksaan,” katanya.

Sementara itu, Aliff menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan kelakuannya supaya tidak mengganggu keluarganya.

Katanya, semua kritikan harus ditujukan kepadanya.

“Terima kasih kepada mereka yang menghina, memperlekehkan, malah yang memuji saya.

“Sebagai public figure, saya tak boleh halang orang buat komen. (Tetapi) saya cuma minta satu perkara, jangan libatkan keluarga saya,” katanya.

Aliff mencetuskan perdebatan selepas dia muncul dalam video terbarunya memakai baju Melayu super ketat yang kelihatan seperti jumpsuit spandex.

Penarinya juga memakai baju ketat lengkap dengan samping dan songkok. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button