Rencah Hidup

Apa anda rasa bila kelibat entiti terakam di dalam gambar!?

SEORANG wanita terkejut selepas satu gambar swafoto yang diambil bersama keluarganya didakwa merakamkan kelibat entiti yang sedang mengintai dari pintu bilik tidur anaknya.
Alice Martin, yang pernah melalui pelbagai peristiwa menyeramkan di rumah lamanya itu selama bertahun-tahun, secara tidak sengajanya telah tertarik dengan satu gambar ketika sedang menelurusi kembali foto-foto yang diambilnya semasa perintah berkurung.
Foto yang diambil pada bulan April lalu itu memaparkan Alice sedang tersenyum bersama pasangannya Tom Brown dan anak lelaki mereka Louie sambil diintai entiti yang berambut panjang di belakang mereka.
Alice menyatakan bahawa dia dapat melihat bentuk wajah yang entiti tersebut serta objek yang dipegangnya pada ketika itu, lapor Mirror.
Sebelum menghantar gambar itu kepada kakaknya, dia telah melaraskan tahap kecerahan pada gambar tersebut dan mendapati bahawa terdapat mata pada entiti itu yang sedang fokus memerhatikan mereka.
“Saya menghantar gambar itu kepada kakak saya untuk meminta pandangan, dan saya mengubah tahap kecerahan pada gambar itu sedikit. Ketika itulah saya dapat melihat matanya.
“Apabila kakak saya menukar filter pada gambar itu, muka entiti tersebut dapat dilihat dengan lebih jelas. Anda juga dapat melihat wajah dan rambut, anda dapat melihat mata serta bentuk wajahnya.
“Saya cuba menyatakan pada diri saya bahawa itu hanyalah bayang-bayang atau sesuatu yang tergantung di pintu, namun semakin saya melihatnya, makin saya berfikir, ‘apakah itu?’.
“Ramai yang menyatakan bahawa gambar itu ada ‘sesuatu’. Ramai juga turut menyatakan bahawa mereka berasa seram ketika melihat gambar tersebut,” katanya.
Menurut Alice, dia selalu merasakan seakan ada ‘sesuatu’ di rumahnya itu, dan mendakwa bahawa mainan anaknya serta televisyen yang terdapat di rumahnya pernah terpasang secara sendiri di tengah-tengah malam.
Anak lelakinya Louie selalu tidur di bilik mereka kerana dia dikatakan selalu diganggu di dalam bilik tidurnya di mana sosok menakutkan itu selalu muncul, dan Alice lega kerana dia kini telah berpindah ke rumah baru.
Sejak keluarganya itu berpindah ke rumah baru, Louie sangat senang tidur dibiliknya secara berseorangan buat pertama kalinya.
Sumber: Mirror

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button