Pendidikan

Takwim persekolahan 2021 ambil kira kepentingan guru, murid, ibu bapa

TAKWIM Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Menteri Pelajaran Dr. Mohd Radzi Md Jidin, takwim itu mengambil kira kesan pandemik Covid-19 yang cukup mendalam dan merupakan satu situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Oleh itu, penyelesaian untuk cabaran yang timbul tentunya memerlukan tempoh yang lama untuk kita kembali dalam keadaan normal. Begitu juga dalam konteks takwim penggal dan cuti persekolahan.

“Dalam setiap keputusan yang kami buat, ia perlu bertunjangkan kepada asas-asas yang kukuh dengan mengambil kira kepentingan guru, murid dan ibu bapa,” kata Mohd Radzi.

Justeru beliau berharap guru, murid dan ibu bapa dapat membuat perancangan dan persiapan sewajarnya untuk sesi persekolahan tahun 2021.

Sesi persekolahan pada tahun hadapan untuk semua murid bermula pada 20 Januari 2021.

Bagi negeri Kumpulan A, penggal persekolahan bagi sesi tahun akan tamat pada 9 Disember 2021

Manakala sekolah dalam negeri Kumpulan B pula akan tamat pada 10 Disember 2021.

Kementerian Pendidikan telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Keamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas.-SM

(Visited 603 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button