Nasional
Anwar, Wan Azizah sudah disuntik vaksin Covid-19
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah hari sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.
Suntikan itu telah diterima di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.
“Pagi ini selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.
“Terima kasih diucapkan kepada Dr Murugesu Raju dan petugas-petugas perubatan lain diatas perkhidmatan yang telah diberikan,” kata Wan Azizah di twitter.