PERDANA Menteri semalam sempat pulang ke kampung halaman dan singgah ke rumah keluarga di Kampung Cherok Tok Kun, Permatang Pauh untuk bertemu saudara mara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliaa meluang selama mana yang mungkin untuk bertanya khabar dengan sanak saudara dan cucu-cucu.
“Juga sempat menghimbau kenangan bersama abang dan adik. Saya kemudian bertemu dan beramah mesra dengan orang-orang kampung Cherok Tok Kun yang amat dekat di hati saya.
“Kami bersama-sama meraikan Syawal dalam Majlis Kenduri Rakyat Aidilfitri Perpaduan di tapak Galeri Pejuang Cherok Tok Kun.
“Gembira melihat rakyat berbilang kaum bersama-sama meraikan umpama satu keluarga besar – Keluarga Cherok Tok Kun.
“Saya sempat sampaikan amanat, khususnya terkait perancangan menyelesaikan masalah di kampung ini menerusi Model Cherok Tok Kun.
“Saya juga kagum dengan masjid kampung ini yang memainkan peranan besar membantu menyelesaikan masalah penduduk, termasuk melaksanakan intervensi psikososial untuk mereka yang memerlukan.
“Kunjungan ini mengubat kerinduan saya pada kampung halaman. Insya-Allah warga Cherok Tok Kun, kita ketemu lagi nanti,” katanya. – SM