KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih ke atas Yang Di-Pertuan Agong atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Menurut Anwar, pihaknya mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.
“Bagi pihak Pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja lebih gigih lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak COVID-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat,” katanya.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Dalam pada itu, beliau turut meminta supaya semua pimpinan, anggota dan pendukung mereka suaya menerima keputusan tesebut dengan kecekalan yang jitu dan bekerja dengan lebih gigih menuju Pilihan Raya Umum ke 15. -SM