Nasional

SKAW terpaksa ditangguh ke 2022

Pelaksanaan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Tentera Darat Malaysia Siri Ke 32 yang pada asalnya dijadualkan diadakan pada tahun lalu di Perlis yang ditunda ke tahun ini sekali lagi terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan iaitu 2022.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah melalui hebahan media yang disiarkan oleh rejimen berkenaan pada hari ini.

Pihak Markas Tentera Darat Malaysia telah memaklumkan kepada baginda melalui Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak dan memberi ketetapan baharu bahawa SKAW Siri Ke 32 tersebut tidak dapat dilaksanakan secara fizikal disebabkan oleh situasi Covid-19 yang masih tidak menentu.

Penganjuran SKAW Siri Ke 32 itu akan dilaksanakan pada akhir bulan Oktober 2021 secara atas talian. Kaedah serta tempat akan dimaklumkan kemudian
melibatkan keahlian yang sama seperti sidang secara fizikal dan akan dikendalikan oleh Bahagian Pasukan Simpanan Markas Tentera Darat di Kuala Lumpur.

Tuanku Raja Muda turut memaklumkan bahawa penganjuran SKAW Siri Ke 33 Tahun 2022 pula telahpun diputuskan bahawa Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpengkalan di Kem Bukit Keteri di Negeri Perlis telah dilantik sebagai penganjur dan akan dilaksanakan seperti biasa namun tertakluk kepada situasi semasa pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Tuanku Raja Muda mewakili seluruh warga rejimen berkenaan mempersembahkan kepada Raja Muda Kedah, Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin merangkap Komander Rejimen 513 Askar Wataniah dan Tunku Temenggong Kedah, Brigedier Jeneral Dato’ Sri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Komander Rejimen 509 Askar Wataniah, dengan doa kebaikan dan harapan agar dikurniakan kesabaran atas musibah yang menimpa rakyat baginda tersayang di Yan dan Kuala Muda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra telah turut memperkenankan air mineral, tuala dan bekalan makanan disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dihantar melalui kerjasama tim sukarelawan Pertubuhan Amal Insan Prihatin secara terhad kerana kekangan pandemik Covid-19 bagi menyantuni mangsa-mangsa kejadian tragedi bencana banjir susulan fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lalu.

Kerajaan Negeri Kedah telah mengisytiharkan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap Satu berikutan banjir buruk tersebut.

Gambar Arkib
Gambar Arkib
(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button