ANTONIO Banderas, hero filem The Mask of Zorro yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 kelmarin, terpaksa menjalani kuarantin selepas dia disahkan positif Covid-19.
Walaupun hero yang pernah digandingkan dengan Catherine Zeta Jones ini mengakui dia merasa dirinya agak sihat tetapi hakikatnya, dia sah positif Covid-19.
“Saya terpaksa menyambut ulang tahun kelahiran dalam keadaan dikuarantin selepas disahkan positif Covid-19,” kata beliau menerusi catatannya di media sosial.
Beserta dengan catatan beliau, disertakan sekeping gambar hitam putih ketika beliau masih bayi.
“Saya rasa agak sihat, hanya sedikit letih berbanding biasa dan yakin saya akan pulih secepat mungkin.
“Saya akan memanfaatkan pengasingan ini dengan membaca, menulis, berehat dan terus membuat perancangan selepas hidup selama 60 tahun, di mana saya penuh dengan hasrat dan semangat,” katanya. – SM