Anna Jobling takut nak kawin, pernah ada pengalaman kena curang
Pelakon berdarah kacukan yang semakin meningkat naik, Anna Elissa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23 atau lebih mesra dipanggil Anna Jobling, mengakui takut untuk mendirikan rumah tangga kerana pengalamannya yang pernah dicurangi bekas kekasihnya dulu.
Menurut laporan hibglam, pengalaman tersebut membuatkan dia berasa lebih selesa dengan kehidupan solo berbanding memiliki pasangan.
‘’Perkara (curang) ini buat saya takut nak kahwin. Lebih baik saya ‘single’ tetapi gembira daripada berkahwin kemudian sakit hati.
“Saya pernah kena curang beberapa kali. Isu curang ini bukan hanya tidak sepatutnya berlaku pada saya malah terhadap mana-mana wanita lain juga. Tiada alasan untuk anda melakukan kecurangan,” katanya dalam sebuah temu bual baru-baru ini.
Sementara itu, Anna yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus memberitahu, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang kisah peribadinya dan membiarkan orang ramai terus berteka-teki mengenainya.
“Tiada sesiapa tahu semua benda tentang kehidupan dan hubungan peribadi saya.
“Saya suka menyimpannya segala-galanya secara privasi dan tidak akan menceritakan semuanya. Kalau orang nak buat tanggapan sendiri, lakukan,” ujarnya.
Anna juga mengakui tidak menyukai dan mengelak daripada mempunyai hubungan dengan lelaki yang suka berpura-pura atau bersikap hipokrit.
“Saya paling benci yang individu sejenis hipokrit seperti melarang saya melakukan sesuatu perkara tetapi realitinya dia pula yang buat,” kongsinya.
Sebelum ini Anna sering dikaitkan dan didakwa mempunyai hubungan istimewa bersama aktor Meerqeen.
Artikle Berkaitan :>
Nama Anna Jobling terima carian tertinggi bagi tahun 2022 di Google
Anna Jobling kesal sikap netizen kerana menghina rupa paras ibunya