Angka Kes Harian Meningkat Untuk Elak PRN Johor Atau Disebabkan Ramai Tolak Booster?
Dalam masa beberapa hari sahaja kes harian Covid-19 naik mendadak sehinggakan wujud dua persepsi awam iaitu adakah angka kes ini meningkat disebabkan dua perkara?
Dua perkara yang dimaksudkan adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atau disebabkan ramai yang sudah lengkap vaksinasi menolak booster ketiga yang diumumkan.
Kedua-dua hipotesis ini nampak seperti hampir mengena namun jika difikirkan logik, takkanlah disebabkan PRN Johor biar pun ia boleh membantutkan usaha keluar mengundi.
Sehubungan itu ada yang berpendapat ia disebabkan ramai rakyat Malaysia yang lengkap vaksinasi menolak untuk mengambil dos penggalak atau booster.
Manakan tidak.. dahulu kalau tidak ambil vaksinasi kali kedua rasa teramat ‘berdosa’ namun untuk dos penggalak ini, ramai yang sudah berani ingkar.
Sehubungan itu, perlulah ada satu asbab mengapa rakyat Malaysia perlu rasa insaf kembali dengan mengambil dos penggalak sehingga mencapai peratusan yang tinggi.
Namun jika difikirkan secara global, umum mengetahui varian Omicron kini sedang mengganas dan lebih banyak varian lagi akan lebih menyusul selepas ini.