Nasional

Angka Covid-19 terus menurun, catat 649 kes baharu

Angka kes baharu Covid-19 terus menurun kepada 649 kes yang dikesan dari 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini berbanding 801 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes aktif kini mencecah 10,087 kes.

Sabah masih mencatatkan jumlah kes Covid tertinggi dengan pertambahan kes sebanyak 352 diikuti Selangor dengan pertambahan 132 kes.

Menurutnya, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dua warga tempatan dan lima warga asing.

“Lima kes dicatatkan daripada mereka yang tiba dari Indonesia manakala India dan Filipina pula masing-masing satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga kini, menurutnya, sebanyak 106 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 23 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu 11 kes di Sabah datang daripada kluster baharu iaitu Kluster Sakti dan Tuguson

“55 kes dicatatkan daripada kluster manakala 170 es daripada saringan kontak rapat positif Covid-19 dan 127 kes daripada lain-lain saringan.

“Selangor pula mencatatkan enam kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Laut dan Kluster Bah Medan,” jelasnya.

Ujarnya, 70 kes baharu di Selangor adalah daripada kluster, 41 kes daripada saringan kontak rapat dan 21 lagi daripada lain-lain saringan.

Noor Hisham berkata, Negeri Sembilan juga mencatatkan 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Bunga.

Tambahnya, 36 kes adalah daripada kluster sedia ada, lima kes daripada saringan kontak rapat dan dua lagi kes daripada lain-lain saringan.-SM

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button