Hiburan

Andi Bernadee cakap seorang diri dalam tandas, disihir dua kali

STATUS yang dimuatnaik oleh penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee, 30, dalam status di akaun Instagram tengah malam semalam menjadi tanda tanya ramai.

Andi dalam rakaman tersebut memuat naiik video yang memaparkan katak yang dibalut dalam sebuah bekas bersama dengan paku karan dalam mangkuk berisi kuning telur.

Perkara itu menjadi tanya tanya hingga ada yang beranggapan bahawa Andi telah menjadi mangsa sihir.

Menurut Andi, ini adalah kali kedua dia mengalami pengalaman disihir dan tidak tahu daripada siapa.

“Badan saya jadi lemah hinggakan saya nak tidur pun susah.

“Setakat ini saya sudah berhubung dengan dengan ustaz dan mendapatkan rawatan berkaitan dengan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, sumber terdekat Andi memberitahu, pelakon itu sudah berubah perangai sejak beberapa hari yang lalu.

Jelasnya, fizikal Andi juga semakin berubah dan perkara itu dipercayai akibat perbuatan sihir tersebut.

Andi juga didakwa mula bercakap dengan seorang diri ketika berada di dalam tandas.

Dalam pada itu, ruangan komen Instagram Andi juga dipenuhi dengan doa dan kata-kata positif supaya bintang drama Melastik Ke Hatimu itu terus kuat. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button