Luar Negara

Ancaman varian baharu Covid-22, ini asal-usulnya

AKHIR-AKHIR ini diperkatakan mengenai varian baharu Covid-19 yang dikatakan lebih teruk dari varian Delta telah mencetuskan kegemparan dan ia disebut-sebut sebagai ‘COVID-22‘.

Profesor imunologi yang mencetuskan istilah Covid-22, ialah Prof Sai Reddy, telah memberikan penjelasan mengenai perkara itu kepada inews.co.uk.

Katanya, apa yang beliau katanya bahawa dia percaya Covid pada tahun 2022 khususnya di awal tahun iaitu antara Januari dan Mac berkemungkinan lebih buruk berbanding tahun 2021.

Katanya, ini berdasarkan beberapa faktor, termasuk varian Delta (B1617.2) yang penularannya makin luas. Pelbagai kelonggaran yang meningkatkan risiko transmisi dan munculnya mutasi baru, juga memperkuatkan jangkaan tersebut.

Katanya, terdapat beberapa hal yang mengelirukan dalam wawancara beliau dengan akhbar berbahasa Jerman di Swiss, Blick.

“Tidak tepat menyebutnya Covid-22, karena nama rasmi dan tepat untuk penyakit yang disebabkan oleh SARS-CoV-2 adalah COVID-19,” tegas Prof Reddy.

Wawancara Prof Reddy dengan Blick sebelumnya telah mencetuskan kekecohan kerana menurut terjemahan, wawancara tersebut berjudul “Covid-22 akan lebih buruk”, dan kemudian telah mencetuskan polemik.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button