Nasional

80.3% penduduk dewasa telah terima satu dos vaksin

SEJUMLAH 80.3 peratus atau 18.792 juta orang telah menerima satu dos vaksin Covid-19.

Sehingga semalam 53.1 peratus atau 13.842 juta orang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Menurut Jawatakuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) Labuan tertinggi jumlah populasi menerima dua dos iaitu 92.8 peratus.

Lembah Kelang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor (86.9 peratus), Sarawak (85.9 peratus), Negeri Sembilan (74.5 peratus), Perlis (63.8 peratus), Melaka (50.7 peratus) dan Pulau Pinang (50.5 peratus).


Semalam sejumlah 423,380 dos vaksin diberikan dengan 161,386 dos pertama dan 261,944 dos kedua.-SM

 

(Visited 49 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button