Anak Shah Rukh Khan diikat jamin 26 hari
ANAK lelaki bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan telah dibenarkan ikat jamin selama 26 hari selepas dia ditahan kerana didakwa menggunakan dadah di sebuah parti.
Aryan Khan, 23, telah ditahan daripada kapal persiaran yang dalam perjalanan dari bandar Mumbai ke negeri Goa pada 2 Oktober lalu.
Biro Kawalan Narkotik (NCB) mendakwanya bawah undang-undang ‘berkaitan dengan pemilikan, penggunaan, dan penjualan bahan terlarang’.
Dia telah menafikan dakwaan terhadapnya.
Menurut laporan BBC, peguam mewakili Aryan telah berulang kali memberitahu bahawa tiada dadah yang ditemui dalam milikan anak pelakon itu dan juga ‘tiada bukti bahawa dia mengambil apa-apa dadah’.
Peguam Aryan Khan menghampiri Mahkamah Tinggi Mumbai selepas mahkamah khas yang mendengar kes narkotik menolak jaminannya dua kali pada Oktober.
Mahkamah khas juga menolak pengakuan ikat jamin dua lagi tertuduh dalam kes itu.
Mahkamah Tinggi mendengar perkara itu selama lebih dua hari ketika kedua-dua pihak membentangkan hujah mereka.
Dalam perbicaraan sebelum ini, pihak pendakwaan berhujah bahawa adalah perlu untuk mengambil “pandangan serius” terhadap penggunaan dadah di kalangan remaja.
Dia juga berhujah bahawa Aryan Khan tidak boleh dilayan secara berbeza daripada 17 tertuduh lain dalam kes itu dan oleh itu tidak sepatutnya dibebaskan dengan jaminan.
Pihak berkuasa NCB menyerbu kapal persiaran itu pada 2 Oktober dan mereka telah dimaklumkan bahawa terdapat dadah di dalam kapal tersebut.
Aryan Khan telah diperiksa dan disoal siasat sebelum dia menaiki kapal itu dan akhirnya ditahan oleh NCB.
Aryan Khan ditangkap pada hari berikutnya yang pada mulanya dia ditahan di pejabat NCB, tetapi kemudiannya dipindahkan ke penjara. – SM