Hiburan

Anak perempuan Ismail Sabri bakal tamatkan zaman janda

ANAK perempuan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri beri bayangan bakal menamatkan zaman sebagai seorang ibu tunggal dan akan mendirikan rumah tangga.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Nina berkongsi beberapa momen bersama rakanya di sebuah acara pada hujung minggu lalu.

‘’Saya sangat gembira dan bersyukur memiliki wanita-wanita ini (rakan) dalam hidup saya.

 

‘’Terima kasih kerana menjadikan hujung minggu saya penuh ceria dan tawa, saya merindui semua mulut kecoh kalian.

 

‘’Saya berdoa Allah akan sentiasa menjaga hubungan persahabatan kita ini. Saya awak semua. #goodbyesinglenina.’’ Katanya menerusi laman instagramnya.

 

Sementara itu, menerusi beberapa foto yang dikongsikan, dapat dilihat Nina memakai selempang yang tertera perkataan ‘bride to be’.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah dan turut menumpang gembira apabila Nina mahu berkahwin.

 

Terdahulu, anak kepada bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berkongsi foto bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Hafiz Osman.

 

Rentetan itu, ramai yang mendakwa mereka sedang menjalin hubungan cinta bahkan menguatkan lagi dakwaan apabila Nina berkata mereka meluangkan masa bersama dan ada bercakap fasal masa depan.

 

Imbas kembali, Nina dan Jovian mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos tahun lalu.

 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

Artikle Berkaitan :>

Tetap kongsi akaun Netflix walau sudah berpisah

UMNO darah daging Ismail Sabri, tentu turun padang berkempen

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button