Nasional
Anak OKU mental dipercayai bunuh ibu warga emas
SEORANG wanita warga emas ditemukan maut dipercayai kena bunuh dengan anak lelakinya yang ada masalah mental.
Dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bahau, dekat Negeri Sembitan itu, wanita malang berusia 63 tahun itu ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri di atas lantai di hadapan halaman rumahnya.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hoo Chang Hook berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 11.55 pagi dan mangsa dipercayai bergaduh dengan anaknya.
“Suspek berusia 33 tahun merupakan anak pertama kepada mangsa dan pemegang kad orang kurang upaya (mental).
“Mereka sebelum itu dipercayai bertengkar dan berlaku pergelutan, tiada kecederaan disebabkan senjata tajam.
“Susulan itu, polis menahan lelaki terbabit di rumah tersebut dan punca kejadian masih disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Chang Hook memberitahu, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Bahau esok dan orang awam turut dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar mangsa. – SM