Hiburan

Anak ke-7 Zaquan Adha & Ayu Raudhah pergi selamanya, tak sempat membesar

ANAK bongsu bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, dilaporkan meninggal dunia pada usia enam bulan, petang Selasa.

Berita duka itu disampaikan sendiri oleh Zaquan menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), memohon doa agar mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

“Salam semua, anak bongsu kami telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” tulisnya.

Bagaimanapun, punca pemergian anak ketujuh pasangan itu, Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha, tidak dinyatakan secara terperinci.

Meninggal Dunia Ketika Tidur

Menurut laporan Harian Metro, kakak kepada Ayu Raudhah, pelakon Rozita Che Wan, memaklumkan bahawa arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1 petang di kediaman mereka di Seremban.

“Jenazah kini berada di Hospital Rembau, Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan arwah meninggal ketika tidur dan tidak mengalami sebarang sakit,” katanya.

Terdahulu, Ayu Raudhah selamat melahirkan Muhammad Aisy Al Raees pada 2 Ogos tahun lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Pasangan Dikurniakan Tujuh Cahaya Mata

Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dikenali sebagai pasangan selebriti yang memiliki keluarga besar, dikurniakan tujuh cahaya mata, termasuk:

  • Muhammad Aisy Qaiser, 12 tahun
  • Muhammad Aisy Aryann, 11 tahun
  • Laura Zuleykha, 8 tahun
  • Muhammad Aisy Khaliq, 6 tahun
  • Muhammad Aisy Al Jibreel, 3 tahun
  • Anak keenam, 1 tahun

Semoga keluarga ini diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang amat berat ini. Al-Fatihah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button