Acara

Erdogan hadiah kereta elektrik kepada Malaysia

Dalam sesi Lawatan Rasmi Türkiye ke Malaysia, Presiden Recep Tayyip Erdoğan telah menghadiahkan kereta elektrik buatan dan kebangaan Türkiye yakni TOGG kepada negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran ke Facebook beliau berkata, pemberian tersebut mencerminkan komitmen tegas kedua-dua negara untuk tangkas meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, samada di lapangan teknologi, inovasi dan automotif.

Malaysia dan Republik Türkiye akan terus memperkukuh dan memanfaatkan persahabatan erat yang terjelma serta memungkinkan lembaran baharu dalam hubungan strategik yang pastinya memberi manfaat kepada kedua-dua negara, kata beliau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button