
Alfaro dedah koleksi raya 2025, elegan, eksklusif dan moden
JENAMA fesyen tempatan yang semakin mencuri perhatian, ALFARO, baru-baru ini melancarkan koleksi terbarunya dalam sebuah pertunjukan fesyen eksklusif yang penuh gemilang di ibu kota. Koleksi ini diinspirasikan oleh dedikasi ALFARO dalam menawarkan fabrik berkualiti tinggi yang bukan sahaja menampilkan kehalusan jahitan terbaik, tetapi juga mengutamakan reka bentuk yang inovatif dan moden.
Menjadikan pertunjukan ini lebih istimewa, koleksi pertama ALFARO tampil dengan kelainan tersendiri. Menurut pengasasnya, Farooq Ahmad, koleksi ini menggabungkan keanggunan abaya Arab dengan elemen pakaian tradisional Melayu, menghasilkan padanan yang sofistikated serta kontemporari.

“Kami memastikan setiap helaian dalam koleksi ini direka dengan pemilihan fabrik premium dan ketelitian jahitan yang luar biasa. Tujuan kami adalah untuk memberikan pelanggan pengalaman berpakaian yang eksklusif, selesa, dan tahan lama,” katanya.
Sebagai bukti komitmen terhadap kualiti, ALFARO turut menerima pengiktirafan ISO 9001 bagi sistem pengurusan kualiti pada tahun lalu, satu pencapaian penting yang mengukuhkan kredibiliti jenama ini dalam industri fesyen tempatan.
Koleksi Raya 2025: Elegan, Versatil & Inklusif
Dalam koleksi Raya 2025, ALFARO mempersembahkan rekaan yang memenuhi keperluan pelanggan dari pelbagai latar belakang dan saiz, termasuk pilihan pakaian untuk mereka yang bertubuh lebih besar. Setiap rekaan disusun dengan teliti bagi memastikan keserasian warna, potongan yang selesa, serta memenuhi citarasa pelanggan yang mahukan gaya mewah tetapi praktikal.
Menurut Ketua Pegawai Operasi ALFARO, Muhammad Irfan, koleksi kali ini turut menampilkan inovasi dalam pemilihan fabrik dan teknik jahitan. “Kami menggunakan fabrik premium yang dipilih dengan teliti untuk memastikan ketahanan dan keselesaan maksimum. Selain itu, teknik jahitan canggih yang diterapkan oleh tenaga mahir dari luar negara menjadikan setiap helaian lebih eksklusif,” jelasnya.
Cawangan & Platform Pembelian Mudah
Untuk memastikan koleksi ini mudah diakses oleh pelanggan, ALFARO kini mempunyai hampir 8 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli koleksi ini secara dalam talian menerusi platform seperti TikTok, Lazada, Shopee, dan laman web rasmi ALFARO.
Lebih menarik, ALFARO menawarkan harga yang kompetitif, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang ingin tampil anggun sepanjang musim perayaan. Tambahan pula, pelanggan boleh menikmati kemudahan pembayaran fleksibel menerusi Shopee PayLater serta pelbagai ganjaran eksklusif melalui aplikasi kesetiaan ALFARO.
Dengan visi yang jelas untuk terus memperkenalkan rekaan unik dan berkualiti tinggi, ALFARO bertekad untuk kekal relevan dalam industri fesyen tempatan dan bersaing secara sihat dengan jenama-jenama lain. Jadi, jom #RayaBerseriBersamaAlfaro!