JenayahNasionalNegeri

Anak direman: MB Perlis serah kepada budi bicara SPRM

“Saya sudah dimaklum berita ini dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkannya kepada budi bicara mereka” kata Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

“Esok saya jawab dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), itu sahaja,” jelas Mohd Shukri ketika ditemui media selepas Penggal Persidangan Kedua, DUN Perlis Ke-15 di Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di Kangar.

Mohd Shukri merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis.

Anaknya antara enam individu yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dibenarkan oleh Mahkamah Masjistret Kangar hari ini.

Reman selama dua hari berkuatkuasa hari ini.

SPRM akan melakukan siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di Perlis sejak 2022.

Penahanan ini melibatkan dua individu yang merupakan penjawat awam dari pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri manakala empat lagi pemilik dan kontraktor. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button