Anak Azhar Sulaiman menangis jadi mangsa buli siber
SERING memuat naik video menari dan gembira menerusi akaun Tik Tok, anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona hari ini memuat naik videonya menangis.
Kasih yang memang popular dan sering mendapat jumlah tontonan yang tinggi di Tik Tok mendakwa dia menjadi mangsa buli di laman sosial.
“Saya memang kerap memuat naik video yang menggembirakan dan positif.
“Tetapi saya juga ada perasaan dan boleh merasa sedih.
“Saya rasa tersinggung. Adakalanya pada satu tahap ia (buli siber) ini jadi melampau-lampau,” katanya di aplikasi TikTok.
Ternyata video terebut turut mengundang rasa simpati daripada pengikut Kasih di laman akaun tersebut.
Malah, ada yang turut bekongsi pengalaman dan memberi kata-kata semangat kepada Kasih untuk terus kekal positif. -SM