Agama

Amil zakat sewajarnya dihargai – Raja Muda Perlis

Sesungguhnya peranan yang telah dimainkan oleh Amil Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tidak dapat dinafikan. Jasa dan sumbangan para amil dalam membantu kutipan dan agihan zakat di Negeri Perlis tercinta, khususnya di saat penularan pandemik Covid-19 tercatat kemas dalam lipatan sejarah.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri majlis simbolik penghargaan dan terima kasih yang diadakan di Masjid Al-Ikram Kampung Sena Kurung Anai, Arau.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Alhabshe.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada para Amil Zakat MAIPs di seluruh Negeri Perlis atas segala pengorbanan, penat lelah dan kesungguhan dalam membantu warga asnaf yang memerlukan.

Besarlah harapan baginda merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs agar para Amil Zakatnya juga dapat meneruskan kecemerlangan serta sentiasa prihatin dengan melipat gandakan aktiviti turun padang menjejaki dan menyantuni warga asnaf yang memerlukan pembelaan. Semoga segala usaha dan pengorbanan para amil akan mendapat balasan setimpalnya di sisi Allah Azza Wajalla.

Related Articles

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda turut menyeru agar seluruh rakyat terus memberikan sokongan kepada para Amil Zakat MAIPs dengan menunaikan kewajipan berzakat melalui para amil yang dilantik oleh MAIPs selaku ulil amri.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button