Nasional

Ambil iktibar kejadian di Ukraine – Raja Muda Perlis

Kekuatan anggota tentera darat di sesebuah negara tidak akan pernah mencukupi untuk menjaga dan mempertahankan setiap inci tanahair sesebuah negara.

Antara perkara yang menarik jika dibuat perbandingan kekuatan ketenteraan sesebuah negara yang sedang diambang konflik ialah dengan membandingkan kekuatan angkatan tetap dengan pasukan simpanannya. Begitu juga jika dilihat kekuatan angkatan simpanan tentera Ukraine dan tentera Russia yang dimobilisasi dilihat tidak setara disebabkan jumlah populasi yang berbeza. Apa yang sedang berlaku di Ukraine pada ketika ini harus diambil iktibar oleh seluruh rakyat di negara ini.

Oleh sebab itu, sesebuah angkatan simpanan amat perlu diperkukuh, diberi latihan serta disiplin secukupnya bagi menampung kekurangan anggota tetap ini. Sebagai contoh di Malaysia dengan wujudnya Rejimen Askar Wataniah di setiap negeri adalah untuk melengkapkan rakyat dengan segala persiapan awal mengenai ilmu serta selok belok ketenteraan bagi mengimbangi kekuatan anggota tentera tetap dan bersedia pada sebilang masa menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Konander Rejimen 504 Askar Wataniah sempena ‘Hari Tentera Darat Ke-89’ yang disambut pada 1 Mac 2022 dengan slogan “Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin”.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda mewakili seluruh warga rejimen berkenaan yang berpengkalan di Kem Bukit Keteri Perlis turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun ke-89 kepada Rejimen Askar Melayu DiRaja dan yang ke-52 kepada Briged Ke Enam Infantri Malaysia. Kedua-duanya juga disambut pada 1 Mac.

Sementara itu, Timbalan Komander rejimen tersebut, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak mengajak semua anak bangsa yang sayangkan negeri dan juga negara tetapi tidak berpeluang menyertai sebagai seorang anggota tentera tetap, ayuhlah sertai Rejimen Askar Wataniah kerana tujuan ‘Tentera Tetap’ dan ‘Tentera Simpanan’ adalah sama iaitu bagi mempertahankan kedaulatan negara dari sebarang ancaman musuh baik dari luar mahupun dalam.

Tambah beliau, ‘Kepada mereka yang telah bergelar anggota simpanan Rejimen Askar Wataniah, berbanggalah dengan seragam yang anda sarung dan terus mendalami ilmu ketenteraan di samping diharapkan akan terus kekal aktif dalam Askar Wataniah walau dimana sahaja anda berada’.

Gambar fail

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button