Berita GajetEkonomiGajet

Amazfit Cheetah Yang Baru Dilancarkan Menetapkan Kadar Bagi Prestasi Larian

 Zepp Health Corporation (Zepp), pakar peneraju dalam teknologi kesihatan dan boleh pakai pintar, secara rasmi melancarkan jam tangan pintar terbaharu, Amazfit Cheetah, di Malaysia. Siri Amazfit Cheetah ini direka khusus untuk pelari, dibangunkan dengan teknologi GPS yang menerajui industri, yang memberi ketepatan kedudukan yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

Pengurus Besar APAC Amazfit Malaysia, Wu Jin,  berkata: “Kami mengambil haluan baharu menerusi siri Amazfit Cheetah dan menyimpang daripada fokus pelbagai sukan kami. Kami mendengar suara pengguna global dan kecintaan mereka berlari demi kesihatan dan manfaat kecergasan, atau keseronokan daripada sesuatu kejohanan. Siri Amazfit Cheetah didatangkan dengan ciri-ciri khusus pelari seperti GPS  Max Track™

GPS mempunyai antena terpolarisasi GPS bulat dwi-jalur proprietari yang memberikan ketepatan 99.5%, Zepp Coach™ dikuasakan AI untuk latihan yang diperibadikan berdasarkan prestasi dan keadaan pengguna, dan paparan AMOLED HD 1,000 nits yang boleh dilihat dalam cahaya matahari paling terang. Pengguna boleh memilih untuk menjana pelan larian yang disasarkan kepada jenis perlumbaan, sama seperti jurulatih menyesuaikan rejimen latihan.”

Penggemar Amazfit, En. Alrulmi Mokhtar yang juga Ketua Operasi di sebuah syarikat tempatan memulakan larian rekreasi sebagai satu cara untuk mengurangkan berat badan dan mengatasi pelbagai penyakit berkaitan jantung dan isu-isu kardiovaskular.

Alrulmi berkata: “Sebagai penggemar larian, Amazfit Cheetah sangat sesuai untuk gaya hidup dan aktiviti larian saya. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri inovatif terkini yang membolehkan saya merakam aktiviti dan memantau kesihatan, membolehkan saya lebih selesa dengan gaya hidup saya.”

“Saya dapati reka bentuknya sangat menarik. Berat jam tangan ini cukup ringan iaitu 32 gram, didatangkan dengan hayat bateri yang lama dan ia adalah pelaburan yang berbaloi.”

Seorang penyokong Amazfit En. Mohd Shahridzal, ketua maklumat produk di sebuah syarikat kecantikan terkenal,berkata, “Saya sangat kagum dengan Amazfit Cheetah! Saya adalah seorang yang cukup aktif. Saya mengunjungi jim sekali seminggu, berbasikal sekali atau dua kali seminggu dan berlari sehingga tiga kali seminggu. Jam tangan pintar ini memiliki pelbagai ciri yang menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan jam tangan berfungsi dan bergaya. Reka bentuknya anggun dan moden.”

“Saiz paparan skrin 40mm dengan skrin HD AMOLED adalah padanan sempurna sebagai rakan kesihatan harian saya, paling penting sekali, ia didatangkan dengan pemproses berkuasa tanpa masa sela. Saya juga kagum dengan ketepatan GPS jam ini.”

Penggemar tegar larian dan kecergasan yang juga ahli professional Teknologi Maklumat, En. Michael Morales, menggunakan Amazfit Cheetah Pro selama beberapa minggu semasa bersukan termasuk berlari merentas desa, latihan Spartan dan latihan kekuatan. Beliau berkata, “Amazing Cheetah Pro ini adalah setanding dengan jam tangan sukan mewah lain di pasaran. Bezel aloi titanium Amazfit Cheetah Pro dan dibaluti kaca tahan pecah CG3 menjadikannya lasak di dalam pakej yang kelihatan mewah.”

“Jam tangan itu sangat ringan dan selesa pada 34 gram, saya sangat menyukai tali nilon yang menjadikannya sangat selesa tidak kira apa aktiviti yang saya lakukan. Selain itu, mahkota dan butang mudah digunakan apabila skrin sentuh tidak dapat digunakan.”

Morales mengesahkan ketepatan pengesanan dan pemantauan GPS walaupun dikelilingi oleh bangunan tinggi dan pokok-pokok semasa berlari di landskap bandar Malaysia atau denai sekitarnya, yang memastikan dia berada di laluan yang telah dirancangnya, tepat pada masanya dan dalam keadaan sihat melalui semua ciri pemantauan.

Siri Amazfit Cheetah diperkemas dan ringan, direka dengan mengambil kira pelari. Ia didatangkan dalam dua model, Amazfit Cheetah (Round) menampilkan bezel polimer bertetulang gentian yang tahan lama lagi ringan atau Amazfit Cheetah Pro dengan bezel aloi titanium premium untuk mereka yang memerlukan ketahanan tambahan dan sentuhan kelas. Amazfit Cheetah (Square) dijangka tidak lama lagi.

Jam tangan pintar ini masih merupakan Amazfit dengan hayat bateri yang sangat panjang sehingga 14 hari penggunaan biasa, peta luar talian, 100+ muka jam, 5 kalis air ATM, 150+ mod sukan yang mana larian luar, treadmill, triatlon, HIIT dan banyak lagi aplikasi antara muka dikhusukankepada kesihatan dan kecergasan, dan lebih banyak lagi melalui ekosistem Zepp OS 2.0 apl yang boleh dimuat turun ke jam tangan.

Amazfit Cheetah didatangkan di dalam warna, tali jam silicon cecair Speedster, dan secara eksklusif boleh didapati di Shopee dari 5-7 Julai pada harga RM999 dan semua platform dari 7 Julai ke atas termasuk Lazada. Berasaskan siapa cepat, dia dapat, pelanggan akan juga menerima sebuah Power Bank Xiaomi 10000mAh bila membeli dari 5-7 Julai.

Amazfit Cheetah Pro belum dibuka untuk jualan setakat ini, sila ikuti perkembangan mengenai Amazfit Cheetah Pro di Amazfit Official Platform.

Ketersediaan

Semua produk Amazfit yang diketengahkan boleh dibeli di rakan e-dagang Amazfit https://bit.ly/Amazfit-Shopee-Cheetah dan https://bit.ly/Amazfit-Lazada-Cheetah.

Imej Hi-Res

Sila muat turun imej produk dan gaya hidup beresolusi tinggi dari pautan ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button