Hiburan

ALVN artis bukan Melayu boleh tembusi pasaran hiburan Malaysia

BUKAN suatu perkara yang mudah bagi seorang penyanyi bukan Melayu untuk menembusi pasaran hiburan di negara ini. Realitinya, rata-rata bidang seni suara di Malaysia dimonopoli oleh kalangan penyanyi Melayu.

Walau bagaimanapun bukan mahu cenderung ke arah sikap perkauman apabila berbicara tentang industi seni suara di bumi bertuah ini.

Ruang sentiasa dibuka untuk mereka yang mahu menempa nama sebagai penyanyi bukan Melayu yang disegani ramai seperti mana yang dibuktikan oleh Jaclyn Victor dan juga artis berkumpulan, Alleycats.

Bernaung di bawah syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music, ALVNn anak Malaysia, mempunyai kelebihan untuk muncul sebagai penyanyi  yang berbakat.

Raut wajahnya yang tampan adalah plus point untuk menggamit peminat bagi menyokong karier seninya.

Rekod ALVN turut menunjukkan seraut wajah yang tampan itu menjadi sandaran untuk beliau tampil sebagai model untuk pelbagai jenama fesyen mewah.

Menurut kenyataan media yang dikongsi oleh pihak syarikat rakaman berkenaan, ALVN baru-baru ini berkolaborasi dengan penyanyi Korea Selatan menerusi sebuah lagi karya berjudul ‘over again’.

“Lagu ‘over again’ ada jalan ceritanya. Ia menyelami kekesalan dalam perhubungan kekasih ekoran tindakan terburu-buru sehingga menyebabkan kedua-dua pihak yang terlibat dalam perhubungan itu, tersakiti.

Apabila masa berlalu, kesedaran muncul bahawa kerosakan yang telah terjadi tidak dapat dipulihkan.

Walau bagaimanapun, keindahan yang dirasai tidak dapat dihalang sehingga memaksa kitaran pedih itu berulang, akhirnya membawa kepada satu titik di mana seseorang itu kehilangan jati diri mereka.

Itulah pencerahan ALVN tentang lirik ‘over again’ dalam kenyataan media yang sama.

‘Over again’ disusun dan diterbitkan oleh Seatravel bersama sekumpulan pemuzik profesional berbakat Lew Jia Hao, Chaw Liang Xin, Jayson Teoh Xiong Phen dan Chai Shing Di yang turut menghasilkan lirik.

Mempertaruhkan irama yang agak berbeza lewat karya kali ini, ALVN mengakui, beliau sentiasa berminat untuk mencuba genre muzik baharu.

“Slow Rock ialah genre baharu yang ingin saya cuba. Lagu ini mempunyai rangkaian not yang luas.

“Bermula dengan bariton yang sangat rendah pada permulaan dan akhirnya korus yang memuncak.

“Saya percaya ‘over again’ pasti menyeronokkan apabila dipersembahkan dengan live band,” kata ALVN dengan penuh yakin.

Dengan pengalaman kerja yang lama bersama ramai individu berbakat dalam pelbagai projek seni, ALVN turut teruja untuk berkongsi video muzik ‘over again’ yang menjalani penggambaran di luar negara.

Untuk rekod, video muzik ‘over again’ turut disokong dengan penyertaan jenama mewah antarabangsa, Longines.

Sebagai rakan kepada Longines selama dua tahun, ALVN dijemput untuk melawat Muzium Warisan Longines di Switzerland.

Lawatan itu memberi peluang kepada ALVN untuk merakamkan video muzik ‘over again’ di sana dengan paparan pemandangan yang cantik lagi menakjubkan!

ALVN turut dimaklumkan bahawa beliau merupakan salah seorang selebriti Malaysia pertama dan antara yang pertama di dunia yang diberi peluang untuk membuat penggambaran di Muzium Warisan Longines.

Walau bagaimana pun, proses rakaman ini datang dengan sedikit cabaran.

ALVN menjelaskan bahawa demo asal yang diberi sebenarnya dua key lebih tinggi. Justeru beliau terpaksa menurunkan key kerana ia tidak di luar julat vokal saya.

Di sebalik kesemua cabaran ini, ALVN mengakui berpuas hati dengan apa yang dihasilkan dan berharap lagu ini bukan sahaja diterima ramai malahan digemari pendengar.

Matlamat ALVN menulis dan menyanyi ialah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai menceritakan kisah mereka dan melakukan perkara yang mereka suka. Bukannya melakukan apa yang orang suruh mereka lakukan.

Dalam masa yang sama, ALVN gembira kerana Longines memberi kepercayaan dengan apa yang beliau suka dan menyokongnya selama dua tahun dalam kerjaya muziknya.

Lagu ini juga merupakan sedikit pengenalan buat album penuhnya yang bakal muncul tidak lama lagi.

ALVN menyatakan, mereka masih dalam proses memikirkan apakah konsep yang sesuai dan apa yang menarik, terdapat tiga lagi lagu yang akan dihasilkan sebagai single seterusnya dan ALVN masih lagi akan berkarya sebelum mengeluarkan album sulungnya.

Bagi mereka yang ingin mendengar lagu ‘over again’, ia sudah pun berada di semua platform digital sejak 8 Disember 2023. Video muzik ‘over again’ boleh ditonton di YouTube dan telah pun ditayangkan pada hari yang sama. – SM

BACA Konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter: Hebatnya Datuk Awie

BACA Keputusan markah peserta Konsert Gegar Vaganza All Stars

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button