Ekonomi

Alpha Nagara menarik minat pelaburan strategik dengan kepakaran pembuatan logam berharga

PLATFORM pendanaan ramai pembiayaan P2P patuh Syariah terkawal pertama di dunia, P2P Nusa Kapital, telah menyatakan minat terhadap Alpha Nagara, pembuat dan pengeluar logam berharga terkemuka di Malaysia.

Langkah strategik ini, yang dikawal seliaan oleh Rakyat Trustee Berhad dan di bawah pengurusan Alphacapital (M) Berhad, menekankan kedudukan unik Alpha Nagara dalam sektor logam berharga.

P2P Nusa Kapital, pengendali pasaran berdaftar (RMO) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, telah bersetuju untuk membantu membiayai Alpha Nagara, anak syarikat kepada Alphacapital (M) Berhad. Minat ini bermula dari kedudukan stabil Alpha Nagara sebagai pengeluar tunggal kilang penapisan logam berharga di Malaysia.

Kerjasama strategik ini menandakan penumpuan penyelesaian kewangan yang inovatif dan kepakaran pembuatan yang mantap, dengan pelaburan modal kerja berjumlah RM 60 juta dengan pecahan kepada 12 bulan dana; RM5 juta pelaburan kecil; diperuntukkan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran Alpha Nagara. Penyerapan modal kerja dijangka meningkatkan hasil tahunan Alpha Nagara dengan ketara pada masa kelak.

Suntikan modal itu dijangka dapat membantu mengukuhkan pendapatan tahunan Alpha Nagara, dengan pengunjuran angka yang memberangsangkan. Keunikan Alpha Nagara dengan keupayaannya memenuhi permintaan yang tinggi dalam perihal logam berharga, terutamanya jongkong emas 999.9 yang semakin meningkat, dan keupayaannya bagi menghasilkan jenama sendiri bagi jongkong emas yang unik, dipanggil “Fadaaq Gold.”

Usahasama itu juga mengukuhkan lagi dedikasi Alpha Nagara ke arah pembaharuan produk yang lebih berkualiti dengan etika amalan perniagaan yang dapat membentuk industri pengeluaran logam berharga.

Usahasama itu juga mengukuhkan lagi dedikasi Alpha Nagara yang telah dicapai dengan kerjasama P2P Nusa Kapital dan dibawah penelitian Rakyat Trustee Berhad, ianya juga mencapai kejayaan baru dalam sektor perlogaman berharga ini. Dengan penekanan terhadap kelestarian dan teknologi terkini, Alpha Nagara bersedia untuk mengubah industri pembuatan logam berharga dengan sokongan yang kukuh daripada ibu syarikatnya, Alphacapital (M) Bhd.

Pelaburan strategik ini tidak hanya membantu Alpha Nagara menggapai pencapaian yang baharu, malah ia juga menggambarkan komitmen persefahaman dari P2P Nusa Kapital, Rakyat Trustee Berhad, dan Alphacapital (M) Berhad dalam menunjang kemajuan sosial, teknologi, dan ekonomi Malaysia.

Inisiatif ini sekaligus menjadi asistensi buat Alpha Nagara agar terus berkembang sebagai pelopor dalam industri logam berharga ini yang membuka jalan untuk menzahirkan masa depan di mana amalan perniagaan yang beretika, berinovasi, dan berkembang maju yang bergabung secara serasi. – SM

Artikel berkaitan > MoU Alphacapital, Rakyat Trustee dan Seterra pastikan kebajikan pusat kebajikan warga emas terlaksana

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button