Berita

Albertine Leo Jia Hui letih dan trauma, kini selamat di sisi keluarga

KELIHATAN keluarga kanak-kanak yang hilang di Johor Bharu gembira selepas dapat berjumpa dengan Albertine Leo Jia Hui yang berusia 6 tahun.

Gambar mereka dimuat naik oleh menerusi akaun Facebook yang dipercayai milik saudara kanak-kanak perempuan itu bersama ibunya dan hali keluarga terdekat.

Wanita tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana turut membantu menyebarkan maklumat kanak-kanak itu.

“Albertine kini selamat, namun dia keletihan dan trauma disebabkan insiden yang berlaku beberapa hari ini. Kami akan bawa dia pulang untuk berehat dan berkumpul bersama keluarga terdekat bagi memastikan keadaannya terus baik,” katanya.

 

Pemilik akaun itu juga memaklumkan dia sudah diberi kebenaran oleh ibu Albertine untuk memuatnaik gambar dan hantaran berkenaan.

 

Difahamkan, Albertine menerima rawatan di Hospital Selayang di Selangor pagi semalam dan kemudian dihantar pulang ke Johor Bahru di bawah pengawasan ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum disatukan dengan keluarganya, petang semalam.

 

Terdahulu, media melaporkan penemuan Albertine dalam keadaan selamat di Batang Kali yang disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

 

Polis Johor sebelum itu menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa, yang disedari kira-kira jam 8.30 malam Sabtu lalu. Dia ketika itu mengikut bapanya ke pusat perniagaan Eco Galleria di Iskandar Puteri.

Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

 

Dua lagi individu dilaporkan ditahan berkait kes itu, menjadikan keseluruhan lima suspek kini berada dalam tahanan.

 

Dua individu itu, masing-masing seorang suspek wanita yang ditahan malam kelmarin, manakala seorang lagi, lelaki berusia 31 tahun ditahan kira-kira 4.45 pagi semalam di Batang Kali, Selangor.

 

Empat suspek kes culik Albertine direman empat hari bermula semalam, manakala suspek kelima yang ditahan semalam pula direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Kredit Berita Harian ;>

Kanak-kanak hilang di Johor ditemui bersama 2 lelaki dan seorang wanita di Batang Kali

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button