Hiburan

Alahai Iqbal DSV, janganlah mudah koyak!

NAK menangis di bucu katil atau nak ketawa apabila Ahmad Iqbal Zulkefli kekasih Datuk Seri Vida berjiwa rapuh dan koyak apabila usikan parodi sambutan hari lahirnya menjadi isu kepada dirinya.

Bertitik tolak daripada video parodi berkenaan, artis merangkap pengacara program, Catriona Ross atau sejak kebekalangan ini disapa dengan panggilan Kak Kek membuat permohonan maaf kepada Iqbal.

Sampai begitu sekali pengaruh Iqbal DSV ni sehinggakan Catriona boleh tampil dengan permohonan maaf berhubung video parodi.

Catriona berkata, “ saya minta maaf kerana lambat dan mengambil masa terlalu lama untuk membalas anda. Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun Iqbal merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri.”

Sesama anak negeri, mudoh baso (mudah berbahasa). Akan tetapi, perlu diingatkan di sini bahawa Iqbal bukan artis, dia bukan selebriti, bukan anak seni. Dia bekas pembantu DSV yang dikenali kerana bercinta dengan DSV.

Kalau umur setahun jagung, bukan artis atau anak seni maka salah jika Catriona dikatakan oleh Iqbal, terlibat dengan parodi disebabkan wang.

Memetik kata-kata Catriona, “Tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit. Apatah lagi sebagai seorang professional, saya akan melakukan tugas mengikut kehendak, keperluan dan profesionalisme sebagai seorang pelakon.”

Memang bukan semua bertuhankan duit. Tidak perlu nak uar-uarkan harga langsir yang mahal kerana keterlaluan mahal adalah satu pembaziran ya.

Kalau dari segi Islam, membazir tu adik beradik dengan apa? Jawapannya dalam pantun moden yang berbunyi, anak Cina makan pengat, sendiri mau ingat!

Pesanan Catrinona kepada Iqbal memang ada benarnya, kalau takut dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai.

Sudah terang lagi bersuluh, kalau bercinta dengan DSV jangan cepat melatahla.  – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button