Luar Negara

Al-Quran hati umat Islam-Maher Zain

PENYANYI Maher Zain kecewa dengan tindakan kerajaan Sweeden yang membenarkan salah seorang ahli politik yang dikenali sebagai Rasmus Paludan membakar Al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm.

Menerusi hantaran di media sosialnya, penyanyi yang terkenal dengan lagu ketuhanan itu menegaskan, tindakan membakar kitab suci Al-Quran belum tentu dapat mengalahkan hati umat Islam di seluruh dunia.

“Jika kamu membakar dan menghapuskan kesemua kitab suci Al-Quran di seluruh dunia, sangat mustahil untuk membuang ia dari lubuk hati kami!” tegasnya.

Dalam pada itu, Maher yang mendapat warganegara Sweden juga mempertikai dan mengkritik tindakan kerajaan negara itu kerana membenarkan penghinaan terhadap agama Islam.

Maher juga mempersoalkan di manakah sikap perikemanusiaan pihak kerajaan terutama barisan pemimpin sehingga membangkitkan isu perkauman.

“Saya sayang Sweden tetapi ini sudah melampau. Di manakah rasa hormat dan sikap perikemanusian? Ia sangat mengecewakan,” luahnya.

Menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai suatu keadaan yang amat menyedihkan, Maher kata, dia mengharapkan agar satu anjakan boleh berlaku segera. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button