pilihanSukan

Akhyar Rashid cedera jadi mangsa samun di Terengganu

PEMAIN Johor Darul Takzim yang kini dipinjamkan kepada Terengganu FC, Akhyar mengalami kecederaan di kepada dan kaki akibat menjadi mangsa samun di Kuala Terangganu.

Menerusi laman X, Terengganu mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, “Dukacita dimaklumkan, pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah menjadi mangsa samun yang berlaku sekitar jam 8.30 malam tadi.
Insiden ini menyebabkan Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki.
Namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil setelah diberi rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
“Kelab Terengganu FC memandang serius terhadap perkara yang berlaku kepada beliau. Pihak PDRM juga sedang membuat siasatan terhadap perkara yang berlaku.
“Justeru, pihak kelab memohon agar tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi liar terhadap insiden ini bagi mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan pihak berkuasa.
“Kami juga ingin menyeru buat para penyokong dan peminat bola sepak di seluruh Malaysia agar dapat mendoakan kesembuhan buat Akhyar Rashid!” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button