Aktres senior Bollywood Veena Kapoor masih hidup
PLOT twist yang berlaku bukan sahaja menggemparkan dunia Bollywood tetapi seluruh dunia yang mengikuti kisah pelakon wanita senior bernama Veena Kapoor.
Aktres senior Bollywood ini dikatakan mati dibunuh oleh anak lelakinya yang sebelum ini menetap di luar negara iaitu di Amerika.
Rupa-rupanya aktres ini bukan sahaja masih bernyawa tetapi segar bugar dan sedang menjalani penggambaran.
Ekoran daripada penularan berita yang tidak tepat itu, Veena dikatakan mengalami tekanan perasaan dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada penggambaran yang sedang dijalaninya.
Mungkin secara kebetulan, nama si mati sama dengan nama aktres Bollywood ini dan bezanya, si mati tinggal di Juhu manakala Veena Kapoor, aktres Bollywood itu pula menetap di daerah Goregaon.
Veena Kapoor nekad untuk melaporkan penyebaran berita palsu ini kepada pihak berkuasa di Mumbai khususnya terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu.
“Saya memang tinggal bersama anak lelaki. Mungkin kerana itulah ramai yang menyangka si polan yang mati itu ialah saya, Veena Kapoor.
“Saya juga ingin memberitahu bahawa saya masih hidup dengan baik dan tidak mati. Jangan percaya berita palsu” kata aktres Veena Kapoor dalam satu kenyataan.
Nama baik beliau juga terjejas kerana hampir kehilangan beberapa kontrak lakonan malah sehingga ke hari ini dia menerima banyak panggilan telefon sehingga menganggu ketenteramannya.
Difahamkan kes tersebut masih dalam siasatan. – SM