Alam Sekitar

KPN lawat tapak bencana tanah runtuh Batang Kali

KETUA Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melawat lokasi bencana di tapak perkhemahan ladang organik di Father’s Organic Farm dekat Jalan Genting-Batang Kali untuk melihat perkembangan usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau dilihat memeriksa tapak bencana dengan berjalan kaki sambil diiringi pegawai kanan dari agensi lain.

Ketinggian tanah runtuh dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan 3 ekar terjejas.

Angka kematian akibat kejadian itu mencecah 13 orang. Dua puluh lima orang terperangkap di lokasi kejadian, manakala 23 ditemui selamat dalam kejadian sebelum subuh.

Tujuh mangsa yang cedera dalam kejadian itu dihantar untuk rawatan ke Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Kubu Baru.

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button