Hiburan

Aktor Fezrul Khan bengang dengan sikap diva pelakon BBNU, tamak!

PELAKON baharu tamak, cekau job sana sini sampai menyusahkan pelakon lain. Tidak cukup dengan perangai busuk macam tu, si pelakon baharu ini dikatakan tidak hadir ke set penggambaran di saat akhir.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri yang dipaparkan oleh pelakon baharu setahun jagung berkenaan, menyusahkan para pelakon lain.

Itu yang dikongsikan oleh aktor Fezrul Khan dalam Instastory beliau yang mungkin tidak tahan dengan perangai diva pelakon baharu itu.

Dalam sesebuah produksi, kerjasama itu penting supaya bukan sahaja penggambaran dapat berjalan dengan lancar tetapi juga jadual kerja pelakon-pelakon lain tidak terganggu.

Apabila ada pelakon yang bersikap tidak menghormati rakan-rakan pelakon lain yang terlibat dalam penggambaran maka itu menyusahkan semua pihak termasuk krew dan pengarah.

Tanpa dapat menyembunyikan rasa berangnya, Fezrul yang tidak menamakan siapakah pelakon Budak Baru Nak Up (BBNU) itu berkata, “apa lagi alasan yang kau nak bagi?

“Ini sudah masuk tiga kali kau buat macam ini. Tolong hormat orang-orang lama di sini, kau budak-budak baru nak up (BBNU) lagi.”

Peringatan untuk pelakon BBNU daripada Fezrul, tolong hormati orang lain yang berada di set penggambaran terutamanya pelakon lama.

Betul kata Fezrul, respek la pelakon senior yang sama-sama ada di set penggambaran.

Kalau tak tahu cara-cara nak hormat orang lain, boleh belajar kecuali pelakon BBNU tu sememangnya tahap bebal!

Setepek kena kat muka pelakon BBNU berkenaan apabila Fezrul berkata, “lakonan kau pun belum sampai tahap aku tau.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button