Nasional

Akta 355: Orang Pas jangan naik kepalalah bila jadi kerajaan – Siti Kasim

Aktivis hak asasi manusia Siti Zabedah Kasim mengkritik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary daripada Pas kerana mahu meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan hukuman atas kesalahan membabitkan golongan lesbian, gay, bisexsual dan transgender (LGBT).

Peguam itu berkata, Pas tidak sepatutnya menjadi besar kepala selepas menjadi kerajaan dan akan menentang habis-habisan usaha untuk mempertingkatkan hukuman di dalam Akta 355.

“Orang Pas ini jangan naik kepalalah bila jadi kerajaan kamu ingat kamu boleh bercakap suka hati.

“Kami rakyat bukannya bodoh ya. Kami nampak apa yang kamu orang buat. Bila part yang senang kamu bercakap, kamu bercakap. Dan kamu ingat boleh tekan kita rakyat Malaysia, orang Melayu.

“Tapi bila pasal korupsi, apa semua kamu bekerjasama, bersekongkol dengan orang yang korupsi. Kita kena ingatkan orang politik ini jangan gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri,” kata Siti Kasim dalam satu video yang dimuat naik di Facebooknya.

Related Articles

Ahmad Marzuk baru-baru ini berkata, hukuman sedia ada terhadap kumpulan LGBT beragama Islam dilihat ringat iaitu hukuman penjara sehingga tiga tahun, enam kali sebatan dan denda RM5,000.

Pindaan Akta 355 itu perlu bagi menangani salah laku golongan berkenaan yang dilihat semakin berleluasa di media sosial.

“Apabila mereka berkata mahu menaikkan hukuman kerana untuk menghukum LGBT. Sekarang mereka mengalih pandangan kita kepada pihak LGBT. Sebab pada pandangan mereka ramai orang benci LGBT. Mereka menggunakan kes Sajat sebagai contoh kononnya.

“Kita tidak boleh memberikan hak ini kepada puak-puak Pas ini yang kononnya untuk mengangkat Islam, memperkasakan Islam. Bukan dia mahu memperkasakan Islam sebenarnya. Untuk menunjukkan dia lebih Islam daripada orang lain.

“Jadi kita kena ingat dia orang ini berpolitik. Adakah mereka bersuara apabila orang-orang politik menerima rasuah, dai merogol ada mereka bersuara tak. Tak ada,” kata Siti Kasim.

Menurut Siti Kasim tindakan mahu mempertingkatkan hukuman dalam Akta 355 itu akan merosakkan Islam kerana menunjukan agama tersebut tidak langsung mempunyai sikap penyayang dan kasihan.

“Dan ini adalah hukuman manusia ya. Apa yang mak nyah-mak nyah ini buat sebenarnya? Mereka langsung tidak mengacau hidup orang. Kalau kamu tak suka cara hidup dia tak payah campur. Mereka tidak kacau orang. Bukan semua mak nyah macam Sajat,” kata Siti Kasim.

Sementara itu peguam itu turut mengkritik perbuatan Sajat yang dilihat melampau di dalam media sosial.

Kata Siti, sikap yang melampau tersebut mengundang kebencian orang ramai dan akan digunakan untuk memberikan tekanan terhadap beliau.

“Saya rasa Sajat salah guna sosial media. Bila kita guna sosial media ini kena berhati-hati. Jangan melampau sangatlah.

“Bila saya tengok Sajat dengan lagak dia. Jangalah engkau tunjuk badan yang cantik itu, pinggang yang ramping, bontot yang macam bom. Saya tidak pedulik. Tetapi janganlah guna sosial media.

“Kalau kamu nak jual barang kamu boleh tapi jangan gunakan tarikan seksual kepada awam. Bila kita melampau sangat orang akan jadi benci. Orang akan menggunakan apa-apa yang boleh untuk menekan kamu. Janganlah hukum semua orang macam sama dengan seseorang selebriti,” katanya.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button