Nasional

Lakukan jenayah ragut waktu pagi tapi petang dah kena tangkap

SEORANG peragut yang tular di laman sosial selepas meragut seorang wanita kira-kira pukul 8.20 pagi tadi telah ditahan.

Peragut tersebut tular selepas kegiatan jenayahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika wanita tersebut baru keluar dari kenderaannya.

Suspek berusia 25 tahun itu juga dilihat cuba mengacukan senjata berupa parang terhadap mangsa, seorang wanita berusia 51 tahun.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menahan suspek hasil maklumat orang awam dan risikan oleh pihaknya.

“Suspek telah ditahan di kawasan Shah Alam kira-kira pukul 4 petang iaitu kurang dari 24 jam kes tersebut dilaporkan.

“Ketika tangkapan dibuat, kita turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai milik mangsa ragut dalam kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang telah membantu dalam menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditangkap.

Tambahnya, kerjasama sebegini akan dapat diterusan dalam usaha untuk membendung kejadian jenayah daripada terus berlaku. -SM

(Visited 472 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button