Perkongsian penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berselfie dengan selebriti dari Korea Selatan, Lee Min-ho di Instagram menimbulkan pelbagai reaksi.
Rata-rata cemburu kerana Siti bukan sahaja berpeluang mendekati Min-ho malah berkongsi pentas dengan Min-ho menerusi Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th.
Di Instagram, Siti berkongsi dua keping gambar selfie mereka berdua dan pada salah satu gambar, aksi jari Min-ho yang membuat gaya ‘peace’ menggetarkan iman wanita.
Antara selebriti tempatan yang turut meninggalkan komen masing-masing di Instagram Siti termasuklah Janna Nick, Nazim Othman serta ramai lagi.
Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th berlangsung di Stadium Axiata Arena dan barisan penyanyi membuat kemunculan di pentas berjaya mencipta aura tersendiri.