Hiburan

Akhirnya pempegaruh media sosial, Sara Anna berkahwin dengan lelaki Netherlands

PEMPEGARUH media sosial, Sara Anna, yang pernah tular beberapa tahun lalu kerana mengeluarkan kenyataan muak dengan lelaki Melayu, akhirnya mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka dari Netherlands pada Ahad.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Sara Anna memuat naik foto-foto yang memaparkan pasangan itu mengenakan busana bertema pakaian tradisional perkahwinan India. Selain itu, pempengaruh berusia 31 tahun itu turut berkongsi gambar mereka di atas pelamin bertemakan warna putih. Pasangan tersebut mengenakan busana pengantin yang serba putih, dengan salah satu foto menunjukkan Sara Anna bersalaman dan mencium tangan suaminya.

Dalam satu hantaran video berbeza, Sara Anna menjelaskan bahawa dia bertemu suaminya semasa berada di Bali, Indonesia. Menurutnya, pertemuan mereka pada mulanya tidak dirancang untuk menjalin sebarang hubungan, namun selepas dua tahun saling mengenali, mereka akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.

“Bermula dengan ‘saya tak mahu sebarang hubungan’ daripada kami berdua, akhirnya kami berkahwin selepas dua tahun,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button