Akaun Twitter Tun M diblok
Saya baru sahaja bercakap dengan Pengarah Urusan Twitter Perancis. Akaun bekas PM Malaysia Mahathir Mohamad mesti segera digantung.
Sekiranya tidak, Twitter akan menjadi pelengkap seruan untuk pembunuhan, Cédric O, Setiausaha Negara untuk Sektor Digital Perancis membalas hantaran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata: “Umat Islam berhak membunuh berjuta-juta orang Perancis atas tindakan mereka yang lalu.”
Tulisan beliau itu selepas kejadian tiga orang dibunuh oleh penyerang menggunakan pisau yang turut menyembelih seorang wanita di kota Nice, Perancis.
Seorang pegawai Dr. Mahathir menyatakan tulisan pemimpin itu dipetik di luar konteks sehingga ia menimbulkan salah tanggap.
Dr. Mahathir sebenarnya mengulas kejadian seorang guru wanita dibunuh oleh seorang remaja selepas menunjukkan karikatur Nabi Muhammad.
Tindakan guru berkenaan yang kononnya sebagai kebebasan bersuara dan memberi pendapat sehingga beliau tidak menghormati agama Islam yang tidak membenarkan wajah Nabi Muhammad digambar dalam apa jua bentuk.
Klik link untuk baca tulisan penuh Tun M http://chedet.cc/?p=3203