NasionalNegeri

AJK perlu atasi kelemahan pentadbiran untuk perkasakan masjid – Raja Muda

Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid perlu mengenal pasti sebarang kelemahan di dalam pentadbiran rumah ibadah ini supaya ia segera diatasi dalam usaha untuk memperkasakannya.

Ia merangkumi berkaitan kewangan, pengimarahan serta sistem pengurusan masjid supaya menjadi lebih efisien dan sistematik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat kepada salah seorang asnaf pada Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 11 bagi tahun 2023 di Masjid As Sobirin, Kampung Gial, Arau baru-baru ini.

Sekaligus ia membolehkan masjid-masjid di negeri mampu menjadi pusat kegiatan utama umat Islam selain cemerlang menjalankan fungsinya sebagai rumah ibadah.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Ke 11 bagi tahun 2023 di Masjid As Sobirin, Kampung Gial, Arau baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs bertitah, masjid-masjid di Perlis perlu menjadi lambang syiar agama Islam dan mengangkat sunnah Rasulullah SAW sebagai mana pegangan utama negeri ini.

Bagi memastikan keseragaman dan penyelarasan yang teratur, khususnya berhubung pengimarahan masjid dan surau, semua pihak hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi agama negeri.

Pada majlis berkenaan, Raja Muda berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid tersebut.

Masing-masing menerima RM400 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM8,000 pada kali ini. – SM

BACA Perlis umum tidak wajib lagi pakai pelitup muka di masjid, surau

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button