Hiburan

Aishah turun berat badan 31 kilogram

TURUN berat badan bukan kerana nak nampak cantik, tapi mahu menjaga kesihatan supaya tidak menyusahkan anak-anak.

Itu yang dilakukan Aishah yang dahulunya pernah mencecah berat 110 kilogram tetapi kini sudah turut hingga 79 kilogram.

Menurut Aishah, angka tersebut belum lagi mencapai sasarannya dan mahu turun 10 kilogram lagi.

“Alhamdulillah, usaha saya selama ini untuk menjaga pemakanan akhirnya membuahkan hasil. Ramai yang tegur dan kata saya semakin kurus.

“Saya kurus pun sebenarnya sebagai langkah untuk menjaga kesihatan. Tambahan lagi di usia saya kini, pemakanan memang kena kawal,” katanya.

BACA> Adakah populariti beri kesan pada kehidupan Pavirtha dan Sugu?

Dia ditemui sewaktu majlis pelancaran Face Mask Extender yang menyaksikan kolaborasi antara dia dan Nazrai Hijab pin.

Berkongsi mengenai perihal dietnya, jelas Aisyah, dia sudah mula mengawal pemakanannya sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan lagi.

“Sebelum PKP lagi saya dah start perlahan-lahan kawal pemakanan. Itu yang bila PKP diumumkan, saya jadi risau.

“Risau sebab kita kena duduk di rumah. Takut nanti pemakanan semua tak boleh dikawal sebab ada anak-anak semua.

“Itu yang saya beritahu suami, kita berdua kena disiplinkan diri untuk jaga pemakanan satu sama lain. Kalau tidak, memang lama dah kami makan coklat dan kek,” katanya tertawa.

BACA> Pinda Akta Finas: Peranan industri kreatif diberi perhatian – Finas

Menurut Aishah, dia masih mengambil nasi dan makanan-makanan lain tetapi dalam kadar yang sedikit sahaja.

“Bila berat dah makin kurang ni, rasa seronok sebab dapat pakai balik baju-baju lama yang selama ini disimpan.

“Baju-baju tahun 2010 ke bawa semua saya boleh pakai dan ada yang longgar pula,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button