Air mata Nabila Huda mengalir selepas tahu dirinya keguguran
SIAPA yang tidak sedih bila mengalami keguguran anak dalam kandungan apatah lagi keinginan untuk menimang cahaya mata sudah lama diangankan.
Itulah yang terjadi kepada pelakon, Nabila Huda yang mengalirkan air mata ketika memberitahu dirinya mengalami keguguran beberapa hari lalu.
Pelakon filem Munafik, Nabila memberitahu perkara itu di akaun Instagram miliknya sehingga mengalirkan air mata.
“Saya rasa anda perlu tahu yang terjadi. Saya telah mengalami keguguran buat kali kedua kira-kira dua hari lalu.
“Ketika pertama kali saya tahu, memang saya rasa tertekan sangat. Emosi saya terganggu dengan apa yang berlaku.
“Tapi saya kuatkan semangan dan semalam saya menggunakan seluruh hari untuk memulikan semangat,” katanya.
Menurut Nabila, keinginan untuk mendapat bayi memang tinggi dan dia pada mulanya begitu gembira bila mengetahui dirinya hamil.
Jelasnya, dia begitu gembira sehinggakan dia menjadi paranoid dan risau sekiranya berlaku sesuatu sepanjang kehamilannya.
Bercerita mengenai kegugurannya, Nabila menganggap apa yang berlaku itu pada dirinya sebagai sesuatu yang diluar jangkaan.
“Saya sebenarnya kesian pada suami sebab lama dia tunggu. Kenapalah susah sangat nak mendapat cahaya mata bila kita teringin sangat,” jelasnya.
Bagaimanapun, Nabila memberitahu yang semalam dia ambil masa untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Nabila bernikah dengan suaminya, Mohd. Izwan pada Disember 2015.
Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada 2008 namun berpisah tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan mereka, aktres ini dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun. -SM