Politik

Henti jadikan Covid-19 modal politik

SEMUA ahli politik baik yang kerajaan mahupun kerajaan diminta henti menjadikan pandemik Covid-19 sebagai modal politik untuk kepentingan parti masing-masing.

Semua pihak diminta bersinergi untuk membendung wabak Koronavirus itu dan menfokuskan kepada usaha menjaga kebajikan rakyat.

Perbalahan dan sikap menuding jari sesama sendiri tidak akan menyelesaikan masalah penularan yang semakin meningkat.

Malah, keadaan itu juga akan menyebabkan kekeliruan sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Jangan gunakan Covid-19 untuk raih sokongan dan agenda politik anda.

“Ini bukanlah masanya, ini bukan waktu tuding jari. Cukuplah, fikirlah dan utamakan rakyat juga pada masa ini.”

Kata Presiden Presiden Parti Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramaih seperti dipetik laporan potal MalaysiaGazette hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas peningkatan kes baharu Covid-19 sehingga menyebabkan seorang bayi berusia setahun meninggal dunia semalam.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan menutup sementara semua institusi pendidikan sebagai langkah pembendungan gelombang kedua wabak tersebut.

Katanya, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan, namun penutupan institusi pendidikan seperti universiti dan sekolah adalah penting kerana berisiko.

“Dari taska, tadika, sekolah, universiti kolej semuanya mungkin boleh ditutup untuk beberapa minggu sehingga redanya keadaan peningkatan positif.

“Ini bukanlah sesuatu yang kita boleh main sebenarnya.

“Sebaliknya, kaedah belajar dalam talian pengajaran dan pembelajaran boleh terus berlangsung melepasi sempadan kelas atau bilik kuliah.

“Pembelajaran melalui alam maya pada waktu ini yang menjadi satu-satunya langkah selamat, pada mulanya dilihat sedikit mencabar dan kekok berbanding secara bersemuka.

“Janganlah kita ambil risiko terutamanya apabila melibatkan kanak-kanak, jangan lupa semalam kita sudah ada kes bayi meninggal.

“Mereka ini golongan vulnerable yang perlukan perhatian jadi tolonglah ambil serius cadangan ini. Sekurang-kurangnya untuk beberapa minggu,” tegasnya. – SM

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button