Air mata gadis Orang Asli ini menitis ketika terima telekung
DALAM dunia ini, bukan semua orang mempunyai taraf kehidupan yang sama. Ada yang mudah mendapatkan sesuatu, tetapi ada juga yang menganggap sesuatu yang mudah itu sangat sukar untuk dimiliki.
Begitukah ceritanya dengan seorang gadis di perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang yang mengalir air mata saat diberikan telekung sebagai hadiah.
Ternyata perkara itu juga menjadi tular di laman sosial sehingga mendapat simpati netizen di laman sosial.
Situasi mengharukan itu dikongsikan syarikat pakaian muslimah terkenal, Munawwareen menerusi status yang dimuat naik pemilik jenama itu Aliza Abu Bakar
“Saya tanya kepada dia, kenapa Azura sebak? Katanya dia sudah lama mengimpikan telekung yang cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki untuk membelinya.
“Bila saya perhatikan, tudung yg dia pakai pun dah lusuh. Adik Azura kata lagi, biasanya sumbangan yang disalurkan kepada komuniti Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang, berupa keperluan harian.
“Jadi, kali ini dia sangat teruja bila menerima hadiah telekung eksklusif dr Munawwareen. Tentunya saya sebagai tulang belakang jenama Munawwareen berasa amat bersyukur,” katanya.
Menurut Aliza, situasu tersebut membuatkan dia sendiri mengalirkan air mata kerana tidak menyangka sumbangannya itu dinantikan oleh gadis tersebut.
Bercerita mengenai sumbangan tesebut, Aliza berkata dia dan pasukannya telah hadir ke perkamungan orang Asli itu pada 20 April lalu untuk menyampaikan sumbangan.
“Selain telekung, kami juga memberikan barangan keperluan dapur antaranya beras, susu, mihun, minyak masak dan mineral water kpd 40 keluarga yg menetap diperkampungan itu.
“Kami ke sana dengan bantuan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer,” katanya.
Dalam pada itu, kisah gadis orang Asli ini juga telah tular di laman sosial dan sehingga kini telah mendapat 47,000 tontonan di Instagram dan 69,000 tontonan di Twitter.
https://twitter.com/okopipi_/status/1388847970515177474?s=21