Politik

Ahli Parlimen BN sepakat sokong Muhyiddin terus jadi PM?

Ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional menyatakan kesepatakan mereka untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai perdana menteri.

Dalam satu kenyataan yang tidak menampilkan sebarang senarai nama dan tanpa kepala surat rasmi, mereka menyatakan pendirian itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung secara maya malam tadi.

Dalam mesyuarat tersebut, menurutnya, ahli-ahli Parlimen UMNO diberi kebebasan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri atau sebaliknya jika berlaku sebarang pengundian dalam sesi Parlimen pada 26 Julai sehingga 2 Ogos nanti.

“Apa yang menjadi keutamaan ahli-ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN), dapat direalisasikan dengan keyakinan bahawa rakyat akan kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Pandemik Covid-19.

“Dalam keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik.

“Sehubungan dengan itu, ahli-ahli parlimen menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri untuk meneruskan agenda membela rakyat,” katanya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button