Nasional
Agong sumbang makanan kepada gelandangan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan bungkusan makanan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan di Medan Tuanku, petang semalam.
Istana Negara menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, kurniaan makanan ini merupakan sumbangan peribadi Seri Paduka Baginda dengan kerjasama Pertiwi Soup Kitchen kepada golongan gelandangan di ibu kota.
“Aktiviti ini berlangsung semalam dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan.
“Sumbangan Seri Paduka Baginda ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda terhadap golongan ini yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka.
“Lebih-lebih lagi pada ketika ini yang mana rakyat amat terkesan akibat penularan wabak COVID-19,” kata kenyataan itu.
Tambahnya, semoga kurniaan Seri Paduka Baginda ini dapat membantu mengurangkan beban golongan tersebut. -SM