Nasional

Agong perkenan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Ke-10

SETELAH berpuluh tahun menunggu, akhirnya hasrat, impian dan cita-cita pemimpin Pakatan Harapan (PH) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tercapai apabila Majlis Raja-Raja dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong memilih Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10.

Pengumuman pelantikan itu dinyatakan oleh pihak Istana Negara, sebentar tadi.

Terdahulu, pagi tadi, Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memecahkan kebuntuan pembentukan Kerajaan Persekutuan dan pemilihan Perdana Menteri Ke-10.

Justeru Malaysia di bawah Anwar Ibrahim akan membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan seperti mana dititah oleh Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini.

Anwar akan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri petang ini di Istana Negara. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button