Agong nasihat jangan letak jawatan, namun Tun M tetap bertegas
YANG di-Pertuan Agong sudah menasihati Tun Mahathir Mohamad supaya tidak meletakkan jawatan bagi mengelakkan berlakunya kemelut politik negara, tetapi Perdana Menteri ketujuh itu tetap dengan keputusannya.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, ekoran itu baginda bertanggungjawab untuk melantik seorang perdana menteri yang baharu berdasarkan tuntutan Perlembagaan.
“Pada 24 Februari 2020 yang lalu, neratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi pelatakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.
“Sekita pukul 5 petang pada hari yang sama, beta telah berkenan menerima menghadap Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam pertemuan itu, beta telah meminta Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir untuk tidak meletakkan jawatan. Namun, beliau tetap dengan keputusannya untuk berbuat demikian.
“Oleh yang demikian, beta bertanggungjawab untuk melantik seorang perdana menteri yang baharu seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara 43 memberi kuasa budi bicara kepada beta untuk melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat beta mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“:Lantaran itu oada 25 dan 26 Februari 2020, beta telah mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka,” titah Yang di-Pertuan Agong dalam titah ditaja sempena pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini.
Pada 29 Februari 2020 pula, baginda telah menitahkan semua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat mencalonkan nama seorang ahli Dewan Rakyat sebagai bakal perdana menteri.
Malah titah baginda, atas permintaan beberapa ketua parti politik, baginda telah berkenan melanjutkan masa bagi parti-parti mengemukan pencalonan mereka.
Ini titah baginda, supaya mereka mempunyai cukup masa dalam membuat perhitungan secara demokrasi .
“Sudah tentu setiap pertandingan pasti akan ada penamatnya. Kemelut politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan dan perpanjangan dengan tanpa ada penghujungnya.
“Lantaran itu, setelah melalui semua proses tersebut, dan selaras dengan Perlembagan Persekutuan, beta telah mendapati Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, dan dengan demikin selayaknya dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan,” titah baginda.
Tegas Al Sultan Abdullah, sesungguhnya baginda telah menggalas amanh dengan telus dan adil selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang menjadi tunjang amalan di negara ini.
Pada masa sama titah Yang di-Pertuan Agong, baginda juga menghargai kematangan dan kerjasama semua ahli yang berhormat dan rakyat yang telah memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika.
“Kepada kerajaan beta di bawah kepimpinan memanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muyiddin Yassin, beta menaruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan,” titah baginda. – SM